Thursday, 12 December 2013

Al Fitnatul Ashaddu Minal Qat






(◠‿◠✿ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ✿◠‿◠)
 
 
A . N . N . I . S .S
 

Di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 191 terdapat ayat "wal fitnatu ashaddu minal qatli ... " yang bererti dan "fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan" .
        Andai kata ada seseorang mahupun kawan baik memfitnah kita,sabarlah.Cuba kita fikir kalau kita ada kat tempat dia.Kenapa kita fitnah orang tu?mungkin sebab kita tak suka dengan perangai buruk dan mungkin juga sebab kita dah tak tahan dengan perangai buruk dia.Sebagai seorang manusia,kita tak pernah terlepas daripada melakukuan dosa.
        Kita tak boleh nak salahkan dia yang memfitnah saja.Cuba kita muhasabah diri sendiri.Kalau kita tak buat benda yang orang tak suka ataupun buat perangai yang tak sedap mata memandang,tak adanya orang nak mengata,memfitnah kita (Insyaalah) .So,apa kata kita cuba muhasabah diri sendiri.Pernah tak kita terfikir,disebabkan diri kita yang selalu menyakitkan hati orang tu,orang tu pulak terdorong untuk melakukan dosa memfitnah.Atas sebab dah tak tahan dengan perangai buruk kita.

                        

        Maafkanlah dia yang memfitnah.Kita tak tahu bila kita akan dijemput Allah S.W.T.Mungkin esok kita dijemput bertemu Sang Pencipta,tak sempat dia yang memfitnah tu nak minta maaf kat kita.Acaner?Dan andai kata esok dia dah tak dak,kita pulak yang tak mahu memaafkan dia,tak kesian ka dekat dia.MAAFKANLAH.Sekurang2nya kemaafan kita boleh meringankan beban dia di akhirat kelak.
        'Ah,tak mahulah aku maafkan dia.Dialah yang sepatutnya datang mintak maaf kat aku.Apahal pulak aku yang kena maafkan dia.Sedar diri sikit.'
        Astaghfirullahhal'azim.Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. pun memaafkan umatnya.Kalaulah awak ditempat dia,nak ka awak pergi mintak maaf kat dia?Awak tak malu?tak takut dengan respon orang yang kita fitnah tu?Sesungguhnya perkara ni boleh membuatkan kita berpecah belah.Jadi maafkanlah orang yang memfitnah tu.Biarlah Allah yang menghukum dia atas kesilapan yang dah dia buat,jangan pulak kita yang berdosa sebab tak nak maafkan orang.Sesungguhnya Allah sahajalah yang menghukum dengan seadil-adilnya.

Firman Allah S.W.T. "Hai orang-orang beriman!Kalau datang kepada kamu orang fasik yang membawa berita,periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui,kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu"(ayat 6:Surah Al-Hujurat)

Beberapa hadith Rasulullah S.A.W. mengenai fitnah :

1."Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah"(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

2."Yang paling dikasihi Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak,yang merendahkan sayapnya(diri),yang suka dengan orang dan yang disukai orang.Manakala yang dimurkai Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah,yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya"(hadith riwayat At-tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

3.Abu Zhar Al-Ghiffari berkata,Rasulullah S.A.W. bersabda:"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya,nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat"(diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)

4.Abu Darda berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di mana orang itu terlepas(tiada tersangkut dengan perkataan tersebut),untuk memalukannya di dunia,nescaya Allah berhak menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka."

No comments:

Post a Comment

copyright@segala yang tertaip diatas hak milik kekal Eika Tieka